Notis PDPA

Notis ini dikeluarkan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) bagi memaklumkan cara Padu Rezeki Sdn. Bhd. memproses maklumat peribadi anda.

Pemprosesan Maklumat Peribadi

Maklumat peribadi yang anda berikan akan diproses bagi tujuan pertanyaan, semakan awal kelayakan, pemprosesan permohonan kemudahan kredit, pengurusan rekod serta pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

Sumber Maklumat

Maklumat peribadi diperoleh secara langsung daripada anda, atau daripada pihak ketiga yang dibenarkan oleh undang-undang, termasuk agensi pelaporan kredit yang berdaftar.

Kewajipan Memberikan Maklumat

Maklumat yang ditandakan sebagai wajib diperlukan untuk membolehkan kami memproses pertanyaan atau permohonan anda. Sekiranya maklumat tersebut tidak diberikan, kami mungkin tidak dapat meneruskan pemprosesan.

Penerima Maklumat

Maklumat peribadi anda mungkin didedahkan kepada pembekal perkhidmatan yang dilantik, penasihat profesional, agensi pelaporan kredit, pihak berkuasa kawal selia serta pihak lain yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang.

Hak Akses dan Pembetulan

Anda berhak memohon akses kepada maklumat peribadi anda dan memohon pembetulan sekiranya maklumat tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini. Anda juga boleh memohon untuk menghadkan pemprosesan maklumat peribadi anda, tertakluk pada peruntukan undang-undang.

Permohonan dan Aduan

Sebarang permohonan atau aduan berkaitan pemprosesan maklumat peribadi boleh dikemukakan kepada:

PADU REZEKI SDN. BHD.
113-1, Jalan Warisan Sentral 2, KIP Sentral, Kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor.
E-mel: admin@padurezeki.com

Versi Bahasa

Notis ini dikeluarkan dalam Bahasa Melayu. Sekiranya terdapat percanggahan dengan mana-mana terjemahan, versi Bahasa Melayu akan digunakan.

Open chat
Need help?
Hello
Can we help you?